Skip to main content

Bola Sepak

Kelantan City ke arah profesionalisme, seru jenama besar Kelantan ikut serta

kelantan city

Penjenamaan semula Kelantan WTS kepada Kelantan City merupakan langkah untuk bergerak ke arah profesional menjelang musim baru Liga A1.

Menurut Timbalan Presiden, Nor Hisham Mohd Nasir, mereka kini dalam fasa akhir menuju profesionalisme, yang melibatkan perubahan pengurusan dan pemegang saham.

Beberapa legenda 'treble' Kelantan FA 2012 dibawa masuk menganggotai pengurusan serta pemegang taruh, antaranya Badhri Radzi, Nor Farhan Muhammad, Zairul Fitree Ishak, Daudsu Jamaludin, Farisham Ismail dan Shahrizan Ismail.

"Kami membuka ruang untuk usahawan dan pelabur, anak-anak Kelantan yang ingin untuk ikut serta," katanya.

"Mereka boleh hubungi kami tidak kira penajaan besar atau kecil, kewangan atau logistik, asalkan dapat sama-sama bantu-membantu.

"Penajaan bersama pasukan ini lebih meluas dan bebas. Setiap perlawanan di Kota Bharu, ada Hari Bolasepak Kelantan, jadi peluang usahawan dan pelabur terbuka luas. Liga A1 lebih bebas untuk meletakkan papan iklan kerana tuan rumah merancang aspek pemasaran. Kami mengalu-alukan anak jati Kelantan atau jenama luar bersama kami."

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video