Skip to main content

Olimpik

Tokyo 2020: AS temui semula rentak kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alex-morgan-and-christen-press-united-states-v-new-zealand.jpg
Amerika Syarikat kembali menemui rentak kemenangan dengan penuh bergaya dalam usaha meraih kejayaan dalam Sukan Olimpik Tokyo.

Sweden sebelum ini menamatkan rekod 44 perlawanan tanpa kalah AS pada permulaan saingan wanita itu, dengan Megan Rapinoe mengakui juara dunia yang tewas itu tidak beraksi dengan baik ketika tewas 3-0.

Bagaimanapun, skuad kendalian Vlatko Andonovski bangkit dengan cemerlang semalam, mengatasi New Zealand 6-1 di Saitama.

Rose Lavelle dan Lindsey Horan membenarkan AS mendahului 2-0 dalam separuh masa pertama. Jaringan daripada Christen Press dan Alex Morgan menambahkan gol selepas perlawanan bersambung sementara dua jaringan sendiri pemain New Zealand melengkapkan kemenangan AS.

Sweden kekal di puncak apabila meraih kemenangan 4-2 ke atas Australia.

 

Advertisement

Must Watch Video