Skip to main content

Bola Sepak

Tiada perubahan nama kejohanan Euro 2020

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

euro2020.jpg
UEFA berkata masih tiada lagi keputusan dilakukan untuk menukar nama Kejohanan Eropah tahun hadapan selepas menyatakan ia kekal sebagai Euro 2020.

Ia telah diumumkan minggu ini bahawa pertandingan itu telah ditangguh ke tahun hadapan ekoran pandemik koronavirus.

Jika kejohanan itu berjalan seperti yang dijadualkan, ia akan menandakan ulang tahun ke-60 Kejuaraan Eropah dan semalam mereka menyatakan hasrat untuk tidak menukar nama kejohanan tersebut.

"Kami mempercayai setiap venue masih lagi dikekalkan, memastikan kejohanan tersebut dapat mengekalkan keaslian terhadap visi utama mereka, mempamerkan acara yang mencerminkan Eropah yang sesuai dengan ulang tahun EURO yang ke-60.

"Kejohanan itu kekal dinamakan sebagai UEFA EURO 2020."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video