Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Pemain Liverpool faham tugas sebenar -- Cesc Fabregas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cesc.jpg
Bekas pemain Arsenal, Cesc Fabregas, menganggap pemain Liverpool dalam Euro 2024 memberikan impak positif terhadap pasukan kebangsaan mereka selain memahami peranan sebenar dalam padang untuk membantu rakan senegara mereka.

Fabregas menjelaskan bahawa penyerang Belanda, Cody Gakpo, memainkan fungsi yang bagus untuk membantu skuad Ronald Koeman mencipta keajaiban melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam kejohanan berprestij itu.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh BBC Sport, bekas pemain Barcelona itu memuji tindakan pemain Liverpool tersebut yang membantu skuad The Oranje meraih kemenangan pertama menentang Poland dan berjaya mengekang asakan juara Piala Dunia 2018, Perancis.

"Dia bukan pemain yang paling kreatif, tetapi dia berbahaya, dia mempunyai peluang untuk menjaringkan gol selain mempunyai pergerakan yang baik," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video