Roberto Martinez menegaskan bahawa Portugal haruslah berbangga dengan barisan pemain yang telah berjuang sebelum terpaksa akur sambil menyifatkan kekalahan penentuan sepakan penalti kepada Perancis dalam suku akhir EURO 2024, awal pagi tadi sebagai kejam.
Perlawanan keempat masing-masing itu terpaksa ditentukan dalam babak penentuan sepakan penalti untuk berdepan Sepanyol dalam separuh akhir.
Tendangan Joao Felix yang terkena tiang memberi kesempatan kepada Theo Hernandez untuk menghantar Les Bleus ke separuh akhir keempat mereka dalam lima kejohanan utama terakhir.
Portugal mensia-siakan beberapa peluang keemasan yang menyaksikan Cristiano Ronaldo dan Nuno Mendes memiliki peluang menarik untuk memecah kebuntuan perlawanan.
Begitupun, Martinez memuji persembahan anak buahnya dan percaya mereka merupakan pasukan yang beraksi lebih baik.

“Kami patut berbangga dengan pemain-pemain ini kerana mereka berjuang dan beraksi dengan sangat baik,” kata ketua jurulatih itu.
"Bola sepak boleh menjadi kejam. Kami mahu menghadiahkan kegembiraan kepada rakyat Portugal dan mesejnya ialah pasukan mencurahkan segala kudrat dan menunjukkan nilai yang ada dalam pasukan Portugal.
"Ini adalah sebuah perlawanan yang bagus dan Perancis adalah pasukan yang hebat. Kami menguasai lebih banyak bola, kami mencipta peluang tetapi kami kurang ketepatan dan kami perlu menjaringkan gol.
"Kami mempunyai banyak peluang tetapi ia adalah satu perlawanan yang berlangsung di tahap teknikal dan taktikal yang tinggi."

Orgulho no nosso percurso. Voltaremos mais fortes. #PartilhaAPaixão pic.twitter.com/S2jIkVwys3
— Portugal (@selecaoportugal) July 5, 2024