Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Koeman ingatkan Belanda usah remehkan cabaran Turkiye

netherlands.jpg
Ronald Koeman memberi amaran kepada pemainnya mengenai sebarang sikap mudah berpuas hati menjelang pertembungan EURO 2024 di antara Belanda dengan Turkiye.

Belanda dilihat sebagai pilihan utama menjelang pertemuan suku akhir awal pagi ini tetapi ketua jurulatih skuad Oranje itu pantas menepiskan cadangan bahawa anak buahnya bakal berdepan cabaran lebih mudah selepas membina reputasi menewaskan Romania 3-0, sementara Turkiye mengatasi Austria 2-1 dalam pusingan 16.

"Ini adalah lawan yang berbeza dengan kualiti yang berbeza," katanya.

 

"Mereka bukan sahaja mengetengahkan empat pertahanan, malah kadangkala lima orang. Sama seperti Romania, mereka menunjukkan kecekalan tinggi dalam permainan. Tetapi kami lebih gusar tentang diri sendiri.




“Kami akan berjuang di Berlin untuk slot separuh akhir, ini satu peluang yang baik untuk mara lebih jauh dalam kejohanan.

"Tetapi kami tidak akan diberi laluan mudah, ia pastinya tidak akan berlaku. ini akan menjadi perlawanan yang sangat sukar."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video