EURO 2024

EURO 2024: Itali siap sedia beri 200%

Stadium Astro
Najmi Iman
23/06/2024
02:21 MYT
Sponsor Banner
EURO 2024: Itali siap sedia beri 200%
Penyerang berpengalaman, Lorenzo Pellegrini memberi jaminan bahawa juara Euro 2020, Itali, akan bertungkus-lumus mengalahkan finalis Piala Dunia 2018, Croatia, dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Euro 2024.
Berdasarkan statistik semasa, skuad kendalian Luciano Spalleti hanya memerlukan satu mata untuk mara ke pusingan seterusnya sebagai naib juara kumpulan selepas kekalahan 1-0 kepada juara piala Dunia 2010, Sepanyol, semalam.
“Kami belajar banyak perkara daripada perlawanan lalu dan kami berjanji ia tidak akan berlaku lagi.
"Kami akan fokus pada setiap perincian untuk menjadi seperti yang kami mahukan," jelasnya.
"Kami datang ke sini untuk memberikan yang terbaik. Kami skuad yang bagus dan siap sedia memberikan 200% di belakang jurulatih mengikut kehendaknya kerana kami mahu membuat peminat kami bangga,” tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video