Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Inilah DNA sebenar Belanda -- Koeman

koeman.jpg
Ronald Koeman kagum dengan prestasi cemerlang Belanda ketika mengatasi Romania untuk mara ke suku akhir EURO 2024 dengan kemenangan bergaya 3-0, awal pagi tadi. 

Cody Gakpo menjaringkan gol ketiganya dalam kejohanan sementara pemain gantian, Donyell Malen, menyumbangkan dua gol yang membawa mereka menghitung aksi dengan Turkiye (awal pagi Ahad ini) yang menewaskan Austria 2-1.

Belanda hampir berputih mata untuk ke peringkat kalah mati apabila layak sebagai salah satu pasukan tempat ketiga terbaik berikutan kekalahan mengecewakan 2-3 kepada Austria dalam perlawanan terakhir Kumpulan D.

Bagaimanapun, skuad Oranje bertambah baik sejak itu apabila menyingkirkan juara Kumpulan E, Romania, dan Koeman menegaskan pemainnya harus mengekalkan tahap prestasi seperti ini menuju ke penghujung kempen.

“Adakalanya sukar untuk menyatakan mengapa anda bermain teruk dalam sebuah perlawanan dan kemudian boleh mencapai tahap tinggi dalam perlawanan berikutnya,” katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas perlawanan.

 

"Kami begitu tajam dari awal hari ini dan itu perbezaannya. Mungkin, satu aspek kritikal mengenai perlawanan ini ialah kami mengambil masa terlalu lama untuk menjaringkan gol kedua.

"Keputusan sentiasa menjadi perkara yang paling penting tetapi kami adalah Belanda dan di Belanda, kami perlu beraksi dengan baik dan menyerang. Kami menyedarinya. 

"Keseluruhan persembahan hari ini adalah cemerlang dan itulah yang perlu kami lakukan untuk meneruskan kejohanan ini. 

"Inilah tahap yang sepatutnya. Jika kami mengendurkan prestasi maka kami tidak akan ke final."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video