Khvicha Kvaratskhelia menyatakan bahawa Georgia sudah bersedia untuk "meninggalkan kesan" dan "menulis lembaran baru dalam sejarah" pada penampilan sulung mereka di kejohanan antarabangsa utama Euro 2024.
Pasukan kendalian Willy Sagnol, yang layak menerusi play-off selepas menewaskan bekas juara Greece menerusi penentuan penalti, merupakan satu-satunya pasukan pendatang baharu di Jerman, di mana mereka akan memulakan kempen menentang Turkiye pada 18 Jun.
The Crusaders juga akan bertemu Portugal dan Czechia dalam Kumpulan F, dengan Kvaratskhelia menegaskan dia dan rakan sepasukannya tidak hadir hanya untuk melengkapkan penyertaan.
Pemain sayap Napoli itu, yang membantu Partenopei merangkul Scudetto 2022-23, menjaringkan empat gol untuk Georgia semasa kelayakan, di mana dia juga menyempurnakan dribel terbanyak bersama Jeremy Doku dari Belgium iaitu kedua-duanya 44.
"Kami sangat fokus dan akan melakukan yang terbaik untuk berjaya. Ia adalah keseronokan untuk saya bermain di Euro 2024. Ini adalah momen dan emosi yang tidak dapat dilupakan yang akan kami ingati sepanjang hayat kami," katanya.

??✈️??#EURO2024 pic.twitter.com/Enp7W1rPjv
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 13, 2024