Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Fabian Ruiz tekad pahat sejarah bersama Sepanyol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fabian.jpg
Fabian Ruiz bertekad melakar sejarah bersama pasukan Sepanyol selepas menempah tempat ke suku akhir EURO 2024 dengan kemenangan 4-1 ke atas Georgia di Cologne, awal pagi tadi. 

La Roja terlebih dahulu ketinggalan gara-gara jaringan sendiri Robin Le Normand pada minit ke-18, tetapi merekodkan kebangkitan terbesar dalam sejarah pertandingan.

Rodri meledak gol penyamaan dalam separuh masa pertama, sebelum Fabian, Nico Williams dan Dani Olmo mengesahkan kemenangan mereka untuk menempah pertemuan dengan Jerman dalam suku akhir, Sabtu ini. 

Lantas, Fabian memuji semangat kebangkitan Sepanyol yang pernah meranapkan impian Jerman di peringkat serupa.

“Kami bermain dengan hebat dalam separuh masa kedua, kami mengerahkan segala kudrat di atas padang,” katanya. 




"Jerman? Mana-mana lawan adalah sukar. Kami tahu betapa hebatnya pasukan mereka, mereka bermain di tempat sendiri.

"Tetapi kami yakin dengan diri sendiri. kami sangat teruja dan kami mahu melakukan sesuatu yang bersejarah untuk negara."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video