UKRAINE 2 MACEDONIA UTARA 1
Ukraine meningkatkan peluang mereka untuk mencapai fasa kalah mati Euro 2020 menerusi kemenangan 2-1 ke atas Macedonia Utara, sebentar tadi.
Andriy Yarmolenko meledak gol pembukaan sebelum menjadi arkitek untuk Roman Yaremchuk melebarkan kedudukan 2-0 dalam aksi dominan separuh masa pertama oleh pasukan bimbingan Andriy Shevchenko itu di Bucharest.
Macedonia Utara, yang ditewaskan Austria dalam perlawanan pertama, memperkemaskan permainan selepas rehat dan berhasil merapatkan jurang menerusi penyudah Ezgjan Alioski selepas sepakan penalti pemain Leeds United itu terlebih dahulu ditampan.
Ruslan Malinovskiy turut gagal mengambil kesempatan sama dari jarak 12 ela -- menyamai kegagalan terbanyak (empat kali) dalam Euro 2016 -- namun ia bukan penghalang untuk Ukraine meraih tiga mata dalam Kumpulan C itu.
Ukraine kerap menghadirkan ancaman dari luar kotak penalti yang menyaksikan Stole Dimitrievski melayangkan badan untuk menafikan percubaan Malinovskiy dan Yarmolenko, sementara Stefan Ristovski bertindak cemerlang mengekang Yaremchuk.
Jaringan awal itu tiba sebelum setengah jam menerusi sentuhan Yarmolenko ke penjuru pintu gol selepas Oleksandr Karavaev menyambut tendangan sudut Malinovskiy.
Selang lima minit kemudian, Yaremchuk membuat penyudah menarik yang melewati Dimitrievski selepas menerima hantaran kreatif Yarmolenko.
Namun, defisit itu dikurangkan selepas 11 minit bersambung apabila Alioski menyambut lantunan sepakan penaltinya yang diselamatkan oleh Georgi Bushchan.
Viktor Tsygankov kemudian terlepas satu peluang besar berharga selepas tidak sampai lima minit keluar dari bangku simpanan Ukraine, manakala seteru gagal menyempurnakan satu lagi sepakan penalti selepas tinjauan video bantuan pengadil (VAR) mengesan bola terkena tangan Daniel Avramovski.
Macedonia Utara cuba memberikan sedikit tekanan pada penghujung permainan tetapi hasrat mereka untuk mara lebih jauh dalam kempen ini semakin kabur.

4 - Four of the five penalties taken at #EURO2020 so far haven't been converted, as many as in the whole of EURO 2016, while the last tournament with more misses was EURO 2000 (5). Disadvantage. pic.twitter.com/mCJP5sZnR9
— OptaJoe (@OptaJoe) June 17, 2021