Ben White dinamakan sebagai pengganti kepada Trent Alexander-Arnold dalam skuad England menjelang Euro 2020 minggu depan.
Pertahanan tengah Brighton and Hove Albion itu disenaraikan sebagai 26 pemain terbaik England selepas pemain Liverpool, Alexander-Arnold, terpaksa digugurkan gara-gara kecederaan paha.
White beraksi sepenuh masa ketika England menewaskan Romania 1-0 dalam aksi pemanas badan terakhir di Middlesbrough awal pagi semalam.
Pemain serba boleh berusia 23 tahun itu akan memberikan lebih pilihan buat Gareth Southgate memandangkan dia dapat beraksi sebagai pertahanan dan pemain tengah bertahan.
Tempat Alexander-Arnold di bahagian pertahanan kanan pula dijangka akan diisi oleh James Ward-Prowse, yang mencuri tumpuan sepanjang perlawanan menentang Romania.
Pemilihan White juga memberikan gambaran mengenai tahap kecergasan Harry Maguire, yang masih menjalani pemulihan kecederaan buku lali dan dijangka akan terlepas perlawanan pembukaan Kumpulan B menentang Croatia pada 13 Jun ini.
White beraksi sebanyak 36 kali dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan dinamakan sebagai pemain terbaik tahunan oleh penyokong pasukan itu.

2️⃣ caps. 2️⃣ clean sheets! ?@ben6white reflects on his first week with the #ThreeLions after making his full debut in the win against Romania: pic.twitter.com/5TBLRSyWCA
— England (@England) June 7, 2021