Kekalahan pecah rekod kepada Jerman menyaksikan Portugal perlu berusaha ketika bertemu Perancis dalam aksi ulangan final Kejuaraan Eropah.
Portugal menjadi juara bertahan pertama dibolosi empat gol dalam saingan Euro dan kini memperlukan satu mata untuk mara ke pusingan 16.
Tempat pertama Kumpulan F masih lagi boleh menjadi milik mereka jika berjaya mengatasi Perancis, namun kejayaan final Euro 2016 merupakan kali terakhir mereka menang ke atas Les Bleus dalam 13 percubaan.
Merenung semula perlawanan bertemu Jerman menjelang ujian sukar ini, jurulatih, Fernando Santos berkata, "Kami semua dalam keadan yang kecewa.
"Semua orang berasakan rasa tanggungjawab, dan keesokan harinya para pemain sudah kembali melihat ke hadapan.
"Mereka adalah pemain berpengalaman dan menghargai bahawa kadangkala anda tidak menang. Ada kalanya walaupun pasukan teratas tidak menangani kekalahan dengan baik."
Perancis tidak pernah bertemu Portugal sebelum peringkat separuh akhir kejohanan utama, tetapi pertemuan mereka cenderung berakhir dengan jaringan yang sedikit. Empat perlawanan sebelumnya berakhir dengan tiga gol.
Walaupun skuad kendalian Didier Deschamps sudah layak sebagai salah satu pasukan terbaik jika menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga, jurulatih itu menegaskan mereka tidak kekurangan motivasi.
"Kami sudah mempunyai jaminan untuk layak, itu memberikan kami ketenangan tetapi itu tidak akan mengubah gaya permainan kami.
"Sudah tentu kami mahu memberikan hasil yang terbaik."

Training on the eve of ??- ??#PORFRA #FiersdetreBleus pic.twitter.com/gQmpXEYFY6
— French Team ⭐⭐ (@FrenchTeam) June 22, 2021