Skip to main content

Bola Sepak

Euro 2020: Martinez yakin De Bruyne sempat sembuh untuk Belgium

kevin-de-bruyne.jpg
Roberto Martinez yakin Kevin De Bruyne sempat sembuh untuk mewakili Belgium dalam Euro 2020 berikutan kecederaan muka yang dialami pemain itu dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) kelmarin

De Bruyne dipapah keluar padang ketika City tewas 0-1 Chelsea di Porto selepas mengalami hentakan di muka sewaktu bertembung dengan Antonio Rudiger.

Semalam, pemain berusia 29 tahun itu disahkan mengalami keretakan tulang hidung dan soket mata, sekali gus menimbulkan keraguan mengenai penyertaannya dalam Euro 2020.

De Bruyne sepatutnya menyertai skuad Belgium berikutan aksi cemerlangnya bersama City dan Martinez berharap pemain bintangnya itu sempat pulih sebelum kejohanan berkenaan.

Bagaimanapun, ketua jurulatih itu menegaskan akan mengambil pendekatan berhati-hati dan keadaan De Bruyne akan dipantau dengan teliti sepanjang beberapa hari ini.

"Kevin dalam program berbeza, dia beraksi dalam UCL dan ia bermakna, dia akan menyertai kami tujuh hari selepas itu," kata Martinez dalam sidang media.

"Buat masa ini, program itu telah dipinda kerana malangnya dalam tujuh hari itu, dia tidak dapat berehat dan bersama keluarganya, ia akan menjadi tempoh di mana kami memantau dan melakukan lebih banyak ujian untuk melihat keadaannya.
 
"Apabila saya bercakap dengan Kevin, dia amat positif. Kami bernasib baik, Kevin tidak memerlukan pembedahan. Jika dia perlu dibedah, saya fikir amat sukar untuk Kevin menyertai Euro 2020.

"Saya fikir kami berasakan sesuatu yang berbeza ketika ini berdasarkan reaksinya, rawatannya, kami agak yakin.

"Kami akan mendapatkan gambaran lebih jelas selepas tujuh hari ini. Ia merupakan salah satu situasi di mana kami mendoakan agar Kevin segera pulih untuk dirinya tetapi saya berasa positif dia akan dapat bersama kami dalam masa terdekat," katanya.

Belgium akan memulakan Euro 2020 dengan menentang Russia pada 12 Jun ini sebelum bertemu Denmark dan Finland dalam Kumpulan B.

 

Advertisement

Must Watch Video