Roberto Mancini berkata Domenico Berardi dan Manuel Locatelli telah melakukan "apa yang sentiasa saya mahu mereka lakukan" ketika dua pemain Sassuolo itu bergandingan membantu Itali menewaskan Switzerland 3-0 dalam Euro 2020 awal pagi tadi.
Kemenangan itu, yang diperoleh hasil gol berganda Locatelli dan satu jaringan Ciro Immobile, mengesahkan kemaraan Itali ke pusingan kalah mati berbaki satu perlawanan peringkat Kumpulan A.
Skuad kendalian Mancini itu menguasai perlawanan di Stadio Olimpico berkenaan dan merekodkan kemenangan 3-0 buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Turki dengan keputusan sama dalam perlawanan pembukaan.
Mancini memuji persembahan pasukannya dengan berkata kepada wartawan: "Switzerland pasukan yang kuat. Kami sedar ia akan menjadi perlawanan yang sukar seperti ini.
"Kami mencipta banyak peluang dan layak menang. Kami agak bergelut pada beberapa minit pertama tetapi selepas itu, kami memberikan mereka tekanan dan memaksa mereka melakukan kesilapan.
"Pemain saya melakukannya dengan amat baik. Ia bukan sesuatu yang mudah, ia perlawanan kedua dalam masa lima hari dan cuacanya amat panas," katanya.
Mancini memberikan pujian khas buat gol pembukaan pasukannya di mana Locatelli memulakan gerakan itu dari kawasan tengah dan menemui hantaran lintang Berardi untuk melakukan penyudah dari jarak dekat.
"Inilah apa yang sepatutnya mereka perlu lakukan, apa yang saya sentiasa mahu mereka lakukan.
"Sentiasa percaya bahawa ia boleh menjadi peluang yang tepat, seperti yang Locatelli lakukan dengan gerakan susulannya selepas melakukan hantaran kepada Berardi dari tengah padang," tambahnya.

1 - Manuel Locatelli has found the net with the only shot on target seen in the first half of Italy v Switzerland - the Sassuolo's midfielder (23 years and 159 days) is the youngest scorer at #EURO2020 so far. Strike.#ItalySwitzerland #ITASWI pic.twitter.com/uapYua6b0x
— OptaPaolo (@OptaPaolo) June 16, 2021