Skip to main content

Bola Sepak

Euro 2020: Klopp anggap England akan tersilap langkah berdepan Jerman

jerman.jpg
Jurgen Klopp mengingatkan England agar tidak memperkecilkan kebolehan Jerman sebagai pencabar serius Euro 2020 sempena pertemuan seteru klasik itu dalam pusingan seri dalam perhitungan tengah malam Rabu ini. 

Jerman mempamerkan aksi yo-yo di peringkat kumpulan tetapi mengejutkan ramai dengan menewaskan Portugal 4-2. 

Namun, mereka gagal memenuhi jangkaan untuk melangkah ke pusingan kalah mati selepas seri dengan Hungary dalam perlawanan terakhir kumpulan.

England kelihatan yakin untuk mengalahkan Jerman di Wembley tetapi pengurus Liverpool, Klopp, yakin prestasi pasukan negara kelahirannya itu akan terus meningkat. 




"Untuk mengatakan mereka mampu menyingkirkan Jerman ketika ini adalah satu tindakan yang gila," katanya kepada Bild.

“Jerman beraksi baik ketika bertemu Perancis dan Portugal, kami masih mampu mendominasi permainan dalam beberapa tahun terakhir.

"Kami akan memanfaatkannya dalam perlawanan kelak."


 

Advertisement

Must Watch Video