Skip to main content

Bola Sepak

Euro 2020: Belgium miliki selera besar, kata Alderweireld jumpa Portugal

alderweireld.jpg
Toby Alderweireld menegaskan pasukan Belgium yang bertaburan bintang itu memiliki selera besar untuk memenangi Euro 2020 dan menghadapi juara bertahan, Portugal, dalam pusingan 16 Euro 2020. 

Belgium dan Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo akan berentap di Seville, awal pagi Isnin ini. 

Pasukan di ranking nombor di dunia, Belgium, belum pernah menjulang sebarang gelaran utama selain muncul finalis benua itu pada 1980 dan menduduki tempat ketiga Piala Dunia 2018.

Belgium telah mencapai peringkat kalah mati dalam setiap lima penampilan terakhir mereka Euro dan Piala Dunia. 

Kekalahan kepada juara menanti, Perancis, tiga tahun lalu adalah satu-satunya kegagalan mereka dalam 10 perlawanan terakhir kejohanan utama di sebalik sembilan kemenangan.


 


Mempunyai generasi emas yang terdiri daripada Romelu Lukaku, Kevin De Bruyne, Eden Hazard, Youri Tielemans dan Thibaut Courtois, lantas ia dijadikan azimat buat pertahanan veteran itu. 

"Saya melihatnya (dalam perspektif) berbeza," jawab Alderweireld ketika ditanya adakah Portugal mempunyai kelebihan berdasarkan kejayaan mereka pada 2016. 

"Saya tidak mampu mengulas tentang perasaan pihak lawan atau apa yang mereka fikirkan. Satu-satunya perkara yang boleh saya katakan ialah kami sangat dahagakan kejayaan. 

"Hajat itu sukar digambarkan dalam misi kami untuk mencapai kejayaan besar buat negara dan pasukan ini. 

"Oleh itu, kami akan melakukan segala yang terdaya untuk menundukkan mereka."

Mengenai keupayaan generasi kali ini untuk menjulang gelaran, tonggak Tottenham itu menambah: "Kami akan melakukan segala yang terdaya untuk menjadi generasi (yang berjaya). 

"Saya fikir kami telah membuktikan bahawa kami mampu mengalahkan mana-mana pasukan jika kami mempunyai hari yang baik.

"Tetapi kami tahu Portugal akan menjadi seteru yang sukar tetapi kami percaya dengan idea dan kualiti sendiri."

 

 

Advertisement

Must Watch Video