Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) belum menerima sebarang permohonan untuk menunda Euro 2020 di sebalik kebimbangan penularan wabak Covid-19.
Wabak berkenaan mula menjejaskan acara sukan di seluruh Eropah, terutama di Itali, Jerman, Perancis dan Sepanyol.
Itali merupakan negara yang paling terjejas dengan sejumlah 9,172 kes positif disahkan setakat malam tadi dan ia mendorong segala aktiviti sukan di negara itu ditunda sehingga 3 April ini.
Di Sepanyol, penyokong dilarang untuk menghadiri dua perlawanan walaupun keputusan itu mungkin berubah selepas Persatuan Pemain Bolasepak Sepanyol (AFE) memohon agar kesemua perlawanan ditunda.
Euro 2020, yang akan dilangsungkan di 12 negara Eropah, dijadualkan bermula di Rome pada 12 Jun ini, namun terdapat laporan mendakwa beberapa negara sudah mula mengemukakan rayuan untuk menunda kejohanan itu hingga ke 2021.
UEFA, bagaimanapun, mengegaskan bahawa mereka tidak menerima sebarang permohonan seperti itu.
Jurucakap badan induk itu berkata kepada Stats Perfom: "Kami tidak menerima sebarang permohonan daripada persatuan kebangsaan untuk menunda kejohanan ini."
Selain Itali, Euro 2020 akan dilangsungkan di Azerbaijan, Denmark, England, Jerman, Hungary, Belanda, Republik Ireland, Romania, Russia, Scotland dan Sepanyol.