Tugas sebagai wartawan sentiasa terdedah dengan risiko yang sukar diramal tetapi amanah dan tanggungjawanb yang digalas tetap perlu ditunaikan.
Situasi penuh kesukaran perlu dihadapi wartawan Astro Arena, Karl Nunis, ketika mahu berlintas langsung bagi siaran What's Up Thailand dari Chonburi pagi tadi.
Advertisement
Bayangkan, dia terpaksa berjalan kaki sejauh 1.2km ketika bersiaran langsung apabila kereta sewa yang dinaikinya daripada aplikasi tempatan bersama jurukamera, Hurzaid Md Rosli, di sita pihak berkuasa sewaktu mengisi minyak.
Ketika bersiaran langsung, dia terpaksa membeli minuman untuk melepaskan dahaga dan ketika itu juga, kemunikasinya dengan studio di Bukit Jalil terputus.
Apapun yang berlaku, Karl tetap profesional menamatkan tugasannya sehingga tamat siaran.
Video: