Skip to main content

Bola Sepak

Usia bukan penghalang, legenda bola sepak negara kahwini gadis berusia 20 tahun

Usia bukan penghalang, legenda bola sepak negara kahwini gadis berusia 20 tahun

Usia bukan penghalang mencari kebahagian. Itu yang dapat digambarkan menerusi kisah legenda bola sepak negara, Datuk Abdah Alif, yang akhirnya mengesahkan sudah selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangannya pada 27 Ogos lalu.

Legenda negara berusia 72 tahun itu dilaporkan bernikah di Kuala Terengganu dalam sebuah majlis yang mendapat persetujuan serta restu daripada kedua-dua belah keluarga.

Perkara itu disahkan adiknya, Datuk Yunus Alif, sekali gus menjawab teka-teki selepas foto Abdah bersama pasangannya mula menjadi perhatian di media sosial.

Malah, perbezaan usia yang menjadi perhatian ramai tidak menghalang pasangan itu memilih untuk melangkah ke fasa baharu kehidupan bersama.

“Alhamdulillah mereka baru saja nikah pada 27 Ogos lalu. Kedua-dua keluarga bersetuju jadi tak ada masalah. Kita doakan agar mereka berdua berbahagia,” kata Yunus seperti dipetik Ohmedia.

Pasangan Abdah difahamkan berusia 20 tahun.

Yunus turut berseloroh bahawa abangnya mungkin sedang menikmati bulan madu selepas tidak menjawab panggilan telefon.

“Mungkin sekarang tengah berbulan madu. Sebab itu tak angkat panggilan. Betul mereka dah nikah, dan kita doakan terbaik buat mereka berdua,” katanya.

Kisah tersebut secara tidak langsung mengingatkan bahawa soal hati tidak semestinya terikat dengan angka usia, sebaliknya kebahagiaan dan keserasian menjadi antara perkara penting dalam membina kehidupan bersama.

Bagi peminat bola sepak tanah air, Abdah bukanlah nama asing.

Abdahmerupakan antara tonggak skuad kebangsaan pada era kegemilangan Harimau Malaya sekitar penghujung 1970-an hingga awal 1980-an.

Abdah turut menjadi sebahagian daripada skuad Malaysia yang layak secara merit ke Sukan Olimpik Moscow 1980 selepas menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam aksi penentuan.

Ketika itu, dia beraksi bersama barisan legenda negara seperti Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh dan Datuk Jamal Nasir Ismail.

Kini, legenda berusia 72 tahun itu membuka lembaran baharu dalam hidupnya — membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk mencintai, dicintai dan mencari bahagia.

Sumber: Ohmedia

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement