Persoalan mengenai kutipan tiga kad kuning oleh bintang Kuching City, Moses Atede, sewaktu menentang Selangor minggu lalu terjawab.
Atede didakwa sepatutnya menghadapi penggantungan satu perlawanan diturunkan bertemu Gergasi Merah di Petaling Jaya mendapat perhatian peminat, sekali gus menimbulkan kontroversi hangat.
Advertisement
Tular di media sosial menyaksikan satu surat maklum balas rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai isu tersebut menjawab kepada bantahan Selangor.
Menurut surat tersebut, Difahamkan Jawatankuasa Tatatertib FAM telah menilai semula laporan Unit Pengadil dan memutuskan bagi menarik balik satu kad kuning Moses Atede ketika berdepan Negeri Sembilan lalu.
Dalam aksi tersebut, The Cats tewas 0-1 menerusi jaringan Chrigor Moraes pada lewat permainan.
