Skip to main content

Bola Sepak

Tiga pemain JDT dibenarkan kembali beraksi dalam Liga Malaysia -- MFL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Tiga pemain warisan JDT

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan sebentar tadi mengesahkan bahawa tiga pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel, dibenarkan untuk kembali bersaing dalam mana-mana pertandingan Liga Malaysia.

Ini selepas badan pengelola Liga Malaysia itu menerima pemakluman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menangguhkan penggantungan terhadap tujuh pemain warisan di peringkat domestik dan benua secara serta-merta.

Advertisement

Ia susulan keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution) bagi penggantungan 12 bulan pemain yang terlibat.

 

Must Watch Video