Satu perkongsian mengejutkan oleh Ratchaburi apabila memaklumkan Jonathan Vieira sah berpisah dan meninggalkan kelab tersebut serta merta bermula 16 jam lalu walaupun hanya bertahan selama empat bulan.
Gergasi Thailand itu memutuskan untuk menamatkan kontrak setelah kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama berkuat kuasa mulai 11 Oktober 2026.
Peminat mula membanjiri komen dengan beberapa persoalan besar.
Setakat ini, belum ada sebab kukuh mengapa situasi itu terjadi.
Tonggak berusia 36 tahun itu sempat beraksi dalam lima penampilan bersama The Dragons musim ini termasuk diturunkan dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bertemu Shanghai Port pada bulan lalu.
Untuk rekod, pemain kelahiran Sepanyol itu pernah menyertai Johor Darul Ta'zim pada awal 2025 sebelum meninggalkan Harimau Selatan pada Julai 2025 dengan membuat empat penampilan.