Skip to main content

Bola Sepak

Tiada siapa boleh terlena dalam skuad ini -- jurulatih JDT

munoz

Demikian amaran diberikan ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, kepada anak buahnya sebaik mengikat gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, 3-3 dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam tadi.

Munoz turut mengingatkan muka baharu dan lama pasukannya bahawa seandainya mereka terlena sedetik, mereka akan tersisih berbulan-bulan sambil mempertahankan corak permainan keras yang ditonjolkan Harimau Selatan sepanjang pertemuan menentang The Blues.

"Saya tahu cara bola sepak England, mereka sukar dengan kepantasan dan banyak perkara hebat," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Tetapi perkara paling penting adalah fokus dengan apa yang kami lakukan malam ini. Pasukan kami mempamerkan prestasi luar biasa dalam fasa berbeza dan kami sedar apa yang perlu dilakukan untuk menyamai tahap mereka.

"Kami dapat mengawal bola dalam beberapa situasi tetapi pada akhirnya, ia sudah cukup untuk memahami apa yang anda usahakan.

"Tentang pemain baharu, mereka hanya memiliki waktu singkat (persiapan) bersama kami dan perlawanan ini penting untuk memberikan mereka keyakinan menghadapi setiap situasi dan ia menunjukkan mereka boleh berkembang lagi.

"Apa yang penting, mereka perlu tahu tiada siapa boleh terlena dalam skuad kami kerana kami memiliki lebih 37 pemain yang bersedia untuk beraksi.

"Jika anda terlena seketika, anda mungkin tersingkir untuk tiga atau empat bulan."

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video