Skip to main content

Bola Sepak

Thien Truong macam Kelantan dulu -- Mashiedee beri amaran awal buat Harimau Malaya

Thien Truong macam Kelantan dulu -- Mashiedee beri amaran awal buat Harimau Malaya

Bekas jurulatih kecergasan Nam Dinh FC, Mashiedee Sulaiman, mengakui aura Stadium Thien Truong mampu menjadi ancaman utama kepada barisan pemain Harimau Malaya menjelang pertemuan menentang Vietnam.

Menurutnya, suasana di gelanggang keramat itu ibarat 'Kelantan dahulu' -- cukup ‘hidup’ dengan sorakan padu penyokong tuan rumah yang mampu memberi tekanan besar kepada pasukan pelawat.

Advertisement

“Atmosfera di Thien Truong sangat luar biasa. Penyokong mereka sangat fanatik dan dekat dengan pemain. Ia boleh beri tekanan besar kepada lawan,” katanya.

Kini berkhidmat bersama Kuala Lumpur City, Mashiedee menegaskan pengalaman beraksi di Vietnam memberi gambaran jelas betapa pentingnya aspek mental buat pemain Harimau Malaya dalam mengharungi perlawanan getir itu.

Pengembaraannya di Vietnam bermula pada 2019 sebelum terhenti seketika akibat pandemik COVID-19. Namun, Mashiedee kembali menyertai Nam Dinh pada 2023, memperkukuh lagi pengalaman dalam suasana bola sepak negara tersebut.

Sepanjang berada di sana, Mashiedee turut bekerjasama dengan beberapa tonggak utama skuad Vietnam termasuk Rafaelson Nguyen Xuan Son dan Hendrio Doh Hoang Hien, yang kini menjadi pemain naturalisasi penting buat skuad Naga Emas.

Pengalaman itu, menurutnya, memberi kelebihan dari segi pemahaman terhadap corak permainan dan kekuatan mental pemain Vietnam -- sesuatu yang perlu diberi perhatian serius oleh Harimau Malaya jika mahu membawa pulang keputusan positif.

Must Watch Video