Skip to main content

Sukan SEA

(TERKINI) Sukan SEA Thailand: Gandingan Farisya Alia-Eilisha Rania butir emas dari kolam terjun

Terjun emas
Advertisement

Gandingan dua penerjun, Nurul Farisya Alia Affendi-Nur Eilisha Rania Abrar Raj, memastikan kem terjun negara tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih pingat emas acara 10m platform seirama wanita Sukan SEA Thailand 2025 di Bangkok sebentar tadi.

Gandingan negara itu sah bergelar juara acara berkenaan selepas mengumpulkan 548.4 mata keseluruhan.

Advertisement

Pingat perak menjadi milik gandingan Singapura, Anslee Jie-Ryenne Cham, dengan 237 mata manakala penerjun Indonesia, Gladies Haga-Linar Betiliana, meraih gangsa dengan 211.74 mata.

Setakat ini, kontinjen negara sudah mengumpulkan 53 pingat emas.

Advertisement

 

Must Watch Video