Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Piala FA Malaysia buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Sabah 5-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil (JDT), sebentar tadi.
JDT yang tempat tanpa penyerang utama tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi tandukan Jonathan Silva hasil hantaran Oscar Arribas.
Advertisement
Anak buah Xisco Munoz yang agresif mengasak kubu pertahanan Sabah membuahkan hasil selepas rembatan rembatan deras Manuel Hidalgo terbias kapten Sabah, Rawilson Batuil, untuk meletakkan JDT mendahului 2-0 pada minit ke-20.
Selang dua minit kemudian, giliran Jairo membuktikan ketajamannya selepas tandukannya menewaskan Damien Lim buat kali ketiga, meskipun Ajdin Mujagic berpeluang merapatkan defisit jaringan, namun tidak dikira selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) susulan kekasaran yang dilakukan kepada Natxo Insa untuk menutup babak pertama 3-0.
Jaringan Arribas dan Hidalgo dalam babak kedua melengkapkan malam kemenangan skuad Harimau Selatan menewaskan Sabah 5-0 untuk merangkul gelaran juara malam ini.
Untuk rekod, untuk saingan musim lalu menyaksikan JDT menewaskan Selangor 6-1 untuk mengesahkan hatrik gelaran selepas menjuarai dalam dua edisi sebelumnya.