Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: Ini panggilan pemain Harimau Malaya vs Vietnam, tiada Bergson

HM

Malaysia NT dalam satu kemas kini mengumumkan senarai 28 pemain menjelang perlawanan terakhir Kumpulan F menentang Vietnam dalam Kelayakan Piala Asia 2027 pada hujung bulan ini.

Tiada pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, dan bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva, daam panggilan kali ini. Tiada pengesahan rasmi berhubung status kewarganegaraan mereka setakat ini.

Advertisement

Dua bek ternama Harimau Selatan, Feroz Baharudin dan Muhammad Syahmi Safari, kembali tersenarai memperkuat skuad bimbingan Peter Cklamovski ini.

Luqman Hakim Shamsudin juga mewarnai semula pilihan serangan Harimau Malaya selepas menyertai kem latihan pada November lalu.

Arif Aiman Hanapi masih menjalani fasa pemulihan ekoran kecederaan sejak tahun lalu.

Tambahan Muhammad Haziq Aiman Mohd Esa yang merupakan penjaga gol Melaka dipanggil dan diletakkan di bawah program Pembangunan Penjaga Gol.

Malaysia disahkan tidak layak ke Arab Saudi 2027 selepas hukuman penarikan mata susulan dua kemenangan ditarik oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Must Watch Video