"Para pemain tidak terlibat dalam proses pentadbiran.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima keputusan rayuan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dengan hati terbuka berhubung kes tujuh pemain Harimau Malaya dan pemalsuan dokumen.
Advertisement
Badan induk itu menghormati bidang kuasa CAS, namun dalam masa sama mendapati hukuman tidak seimbang seperti kes-kes pendahulu.
Katanya dalam satu kenyataan, siasatan oleh pihak berwajib di Malaysia bagi urusan pendokumentasian masih berjalan, termasuk daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). FAM akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak berkuasa yang berkaitan.
"Keputusan ini amat mengecewakan, khususnya bagi para pemain.
"Mereka tidak terlibat dalam proses pentadbiran dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara-perkara berkaitan pentadbiran.
"Para pemain tersebut adalah warganegara Malaysia yang telah dianugerahkan kewarganegaraan mengikut peruntukan undang-undang di Malaysia.
Alasan penuh bagi Keputusan tersebut masih belum dikeluarkan, dan sebarang ulasan lanjut mengenai merit keputusan itu akan dibuat selepas butiran penuh keputusan tersebut diteliti.