Skip to main content

Sukan Lasak

Terengganu 4X4 Merdeka Challenge: Sanggup rentasi Banjaran Titiwangsa buru kejuaraan

Terengganu 4X4 Merdeka Challenge Sanggup rentasi Banjaran Titiwangsa buru kejuaraan

Menempuh perjalanan sejauh lebih dari 400km merentasi banjaran Titiwangsa dari Kodiang, Kedah untuk berentap dalam perlumbaan jentera lasak 4x4 di Kuala Nerus, Terengganu bukan penghalang buat seorang gadis yang baru berusia 28 tahun untuk memburu podium Terengganu 4x4 Merdeka Challenge 2026 yang berlangsung selama dua hari di Bandar Baru Kuala Nerus, Terengganu.

Walaupun bergelut untuk bersaing dengan lain-lain pencabar yang rata-ratanya adalah peserta lelaki, Nur Izzati Zonkifli yang mula berlumba sejak berusia 25 tahun kini merupakan antara pencabar yang mula mengutip podium dalam arena perlumbaan 4x4 tanah air.

"Saya pernah berputus asa setelah seawal penampilan pertama saya dalam arena perlumbaan 4x4 pada empat tahun lalu di Sik, Kedah di mana ketika itu saya terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kerosakkan teruk pada kereta lumba pasukan.

Jika tidak kerana ayah saya yang ketika itu juga adalah 'copilot' untukmemberi semangat meneruskan perlumbaan, sudah tentu saya tidak berada di sini untuk berlumba," ujar pemandu pasukan Laluan Rimba 4x4 yang berpangkalan dari Kedah ini.

Jelasnya lagi, kini perlumbaan lasak jentera 4x4 sudah menjadi sebahagian dari rutin kehidupannya walaupun masih selesa untuk tidak meletakkan dirinya berstatus pelumba profesional.

"Laluan Rimba 4x4 juga banyak memberi ruang dan peluang untuk kami berlumba di seluruh negara malah beberapa kali ke negara jiran. Jujur berkata, tanpa sokongan dan dorongan dari pasukan ini mungkin kami hanya hadir sebagai penonton sahaja," tambahnya lagi.

Setelah menamatkan perlumbaan di Jempol, Negeri Sembilan pada Julai lalu, kini fokus kembali untuk mencari podium setelah meraih juara bagi kategori Wanita Terengganu 4x4 Merdeka Challenge edisi lalu.

Pada kejuaraan di Kuala Nerus ini, Nur Izzati Zonkifli selaku pemandu utama bergandingan jurupandu arah Muhammad Amir Hakimi Awang untuk kembali berentap dalam kategori Super Novice Litecore dan Short Wheel Base (SWS).

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement