Axiata Arena bergema melihat perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, meraih kemenangan pertama menewaskan Wang Zheng Sing dengan straight set 21-17, 21-17 Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026, sebentar tadi.
Wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, mendedahkan perkongsian semasa rehat set pertama bersama jurulatihnya, Datuk Tey Seu Bock dan K. Yogendran, membuahkan hasil apabila dia kembali dengan permainan lebih kemas pada aksi kedua.
Advertisement
Ia, ditambah pula sorakan padu daripada penyokong yang hadir, sekali gus menyaksikan Jun Hao membuktikan tiada apa yang mustahil andai dia berada pada prestasi terbaik permainan.
#PETRONASMalaysiaOpen2026
MS | R32#MAS🇲🇾 Leong Jun Hao def. #CHN🇨🇳 Wang Zheng Xing 21-17 21-17
⏱️ 48m
*Jun Hao advanced to R16 after edging past the World No. 29 opponent in their first-ever encounter.#GemilangkanLagi#BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/0hJXAnL7WY— BAM (@BA_Malaysia) January 7, 2026
"Secara keseluruhan, hari ini lebih selesa dan yakin.
"Apa yang saya lakukan ini adalah perkara yang sepatutnya saya lakukan.
"Ada ketika perlawanan sedikit agresif, tetapi saya berjaya mengatasi cabaran lawan," katanya.