Pilihan pertama Terbuka Hylo, Sabar Karyaman-Mohd Reza Pahlevi, kecundang di tangan beregu lelaki pecah ganding negara, Aaron Tai-Yap Roy King, sebentar tadi.
Juara Terbuka Finland itu mencipta sensasi di Saarbrucken, Jerman, apabila mengambil masa 39 minit untuk menewaskan gandingan utama dari Indonesia itu 22-20, 21-19 untuk mengesahkan tempat ke suku akhir.
Turut mara, beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Roon-Lai Pei Jing, yang akan berdepan satu cabaran dari Hong Kong, menentang Chan Yin Chak-Ng Tsz selepas kemenangan mudah 21-9, 21-16 ke atas wakil Taiwan.