Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, tidak berdepan masalah untuk ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka China apabila menumbangkan gandingan Ukraine, Polina Buhrova-Yevheniia
Kantemyr, di Changzhou sebentar tadi.
Turun selaku pilihan kelima, gandingan negara itu berdepan saingan sengit lawan sebelum meningkatkan permainan mereka pada pertengahan aksi untuk menang 21-19.
Aksi berbeza dipamerkan Pearly dan Thinaah dalam set kedua di mana mereka tidak pernah ketinggalan sejak pukulan pertama sebelum mengesahkan tempat ke suku akhir dengan kemenangan 21-12 selepas setengah jam pertarungan.
Menanti mereka bagi penentuan ke separuh akhir esok ialah beregu pilihan keempat dari Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto.