Skip to main content

Badminton

Terbuka Australia: Gandingan muda Indonesia sekat hajat DinFei ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

DinFei

Perjalanan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, dalam kempen Terbuka Australia 2025 terhenti di pusingan separuh akhir selepas tewas kepada gandingan muda dari Indonesia, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin, sebentar tadi.

Pertarungan di Sydney Olympic Park itu berakhir menerusi aksi straight set 21-15,21-15 yang menjadi milik wakil Indonesia itu.

Advertisement

Kedua-dua pasukan saling berkejaran mata hingga terikat 14-14 dalam awal set pertama, namun wakil Indonesia yang agresif mengasak menyebabkan DinFei kerap melakukan kesilapan mudah sekali gus tewas 15-21.

DinFei yang turun selaku pilihan kedua kejohanan berstatus Super 500 itu cuba mengheret lawan ke set penentuan.

Begitupun, pasukan lawan di ranking ke-32 itu lebih dominan menguasai permainan untuk menamatkan permainan dengan menyingkirkan wakil negara 21-15,21-15 dalam tempoh 41 minit.

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei akan turun selepas ini berdepan Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree-Taerattanachai dari Thailand.

 

Badminton

Raket Badminton Baru, Smash Lebih Padu

Ringan, seimbang & tahan lasak — raket Yonex ni sesuai untuk training mahupun perlawanan.


Grab Sekarang

Must Watch Video