Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Chan Wen Tse, kandas dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Arctic apabila tewas kepada pasangan pilihan utama dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, di Energia Areena sebentar tadi.
Beregu pecah ganding itu pada awalnya mempamerkan penguasaan jitu mendahului sejak mata pertama tetapi ketika unggul di kedudukan 10-6, mereka membenarkan lawan memperoleh lima mata berturut-turut dan selepas itu, Tang Jie dan Wen Tse tidak lagi dapat bersaing untuk akur tewas set pertama 15-21.
Situasi hampir sama berlaku dalam set kedua, di mana keruntuhan prestasi mula kelihatan menuju ke pertengahan permainan dan selepas secara keseluruhan bertarung selama 40 minit, pasangan negara itu terpaksa akur tersingkir dengan kekalahan 14-21.