Skip to main content

Bola Sepak

Tamatkan liga di kedudukan kedua penting buat Selangor -- Pan-gon

se

Jurulatih Selangor, Kim Pan-gon, menyifatkan mengakhiri kempen Liga Super 2025/26 di kedudukan kedua 'sangat penting' buat pasukannya.

Jurulatih berusia 56 tahun dari Korea Selatan itu turut memuji semangat juang pemain yang menewaskan Kuala Lumpur City 3-2 di Cheras malam tadi.

Advertisement

"Sangat bagus (prestasi), pemain Selangor sangat solid dan kami mengawal permainan dengan jaringan awal, tahniah buat pemain.

"Sangat penting, Selangor kini melangkah satu persatu. Cuba untuk mengawal dan membangunkan identiti kami.

 

 

 

 

"Menamatkan saingan di kedudukan kedua (liga) sangat penting buat kami, kami akan berjuang hingga ke pengakhiran." katanya.

Kemenangan itu meletakkan skuad The Red Giants berada di kedudukan dua dengan mengumpul 42 mata selepas 20 perlawanan, manakala meletakkan KL City di tangga keempat liga dengan jurang perbezaan tiga mata.

Must Watch Video