Skip to main content

Sukan Lain

Syaidatul Afifah syukur dilantik sebagai jurucakap MACE

Afifah

MyAthlete Centre (MACE) adalah inisiatif daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dalam pembangunan atlet Malaysia secara menyeluruh.

Seperti yang dilaporkan Stadium Astro sebelum ini 
https://stadiumastro.com/sukan/mace-bekas-atlet-puji-inisiatif-msn-perkasa-kesihatan-masa-depan-atlet, MACE dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilihat sebagai pelengkap kepada ekosistem sukan berprestasi tinggi negara, bukan sahaja dalam aspek latihan dan pencapaian, malah merangkumi kesejahteraan menyeluruh atlet secara 360 darjah.

Advertisement

Sebagai salah seorang jurucakap inisiatif ini, perlantikan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi sebagai bekas atlet boling negara yang pernah menjulang nama Malaysia di pentas dunia, amatlah bermakna.

Kata anak jati Perak itu di Instagram rasminya pada Khamis, "Ini satu amanah, dengan harapan besar untuk terus memberi inspirasi dan menyokong perjalanan atlet negara.”

Must Watch Video