Gelanggang Sukan Arena UNITEN menjadi saksi kebangkitan skuad bola jaring Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila merampas pingat emas Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026.
Dalam pertarungan sengit pentas akhir, malam tadi, UPM menundukkan juara bertahan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), dengan keputusan 48-43.
Kunci utama kejayaan UPM melerai dendam kali ini terbukti terarah pada keserasian utuh serta persefahaman mental dalam kalangan pemain.
Pemain bola jaring UPM, Siti Maisarah Affandi, mendedahkan persefahaman pasukan mereka dibina sejak awal persekolahan selain pengalaman beraksi bersama di peringkat kebangsaan dan temasya Sukan Malaysia (Sukma).
Kemenangan ini mengembalikan dominasi UPM di pentas SUKIPT Edisi Ke-7 ini sekali gus melengkapkan misi menebus kekecewaan tahun lalu.
"Kami tiada masalah daripada segi keserasian.
"Tahun ini saya dan seorang lagi pemain akan menamatkan pengajian jadi saya doakan pemain-pemain pelapis terus hadiahkan emas buat UPM.
"Uniten merupakan pasukan muda dan rata-rata terdiri daripada pemain Sukma Kuala Lumpur tapi kali ini kami adalah juara," katanya.