Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PJBM), Alwiyah Talib, menuntut perubahan drastik diperlukan terhadap perancangan awal menuju Sukan SEA Malaysia 2027.
Bukan tidak berpuas hati dengan pencapaian setakat ini, namun baginya tekanan lebih dirasai untuk mempertahankan kejuaraan buat kali ketiga di laman sendiri.
Advertisement
Senarai panjang 20 pemain sudah dimiliki tetapi akan ditapis berdasarkan prestasi semasa bagi memastikan pemain yang terpilih dalam skuad akhir adalah yang terbaik.
Alwiyah juga tidak menolak kemungkinan atlet pelapis negara masih berpeluang untuk dipilih.
kami perlukan drastik kerana ingin pastikan pingat emas kekal di Malaysia, tambahan pula Malaysia akan menjadi tuan rumah.
"Kami akan menyertai beberapa kejohanan di peringkat Asia selain Piala Negara-Negara di Singapura.
"Kami juga merancang untuk mengadakan kem latihan di Australia," katanya.