Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Syafiq Puteh mohon maaf, Elvis Priestly janji buat terjunan terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

terjun

Sukan terjun bukan lagi penyumbang lubuk emas dalam Sukan SEA?

Buat kali pertama dalam sejarah, sukan terjun negara gagal meraih sebarang pingat dalam acara 3 meter (m) papan anjal lelaki.

Advertisement

Sejak 2005, acara itu konsisten butirkan pingat emas dalam Sukan SEA, tetapi perkara sebaliknya berlaku apabila kejohanan di Pusat Akuatik Universiti Suvarnabumi itu memberikan tamparan hebat buat kontinjen negara.

Harapan diletakkan kepada penerjun senior, Syafiq Putih, namun gagal berlaku, walaupun pada asalnya Syafiq mempamerkan rentak memberangsangkan apabila berjaya meletakkan diri di ranking kedua pungutan mata selepas melakukan terjunan kelima.

"Saya tidak tertekan, cuma mungkin suasana di sini lain daripada yang lain.

"Ada sedikit mengganggu momentum. Perkara dah berlaku. Allah permudahkan urusan saya di sini.

"Saya minta maaf tidak dapat mempertahankan emas saya dalam edisi lalu," katanya.

Sementara itu, pentas temasya dwitahunan pertama buat Elvis Priestly tidak semudah yang di sangka apabila turut terlepas mengintai slot podium dalam acara sama.

"Saya akan buat yang terbaik di Malaysia pada 2027.

"Saya harap mampu jadi lebih baik lagi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom. 

Must Watch Video