Skip to main content

Memanah

Sukan SEA Thailand: Pingat gangsa di Dhaka jadi tonik tambahan buat Juwaidi Mazuki

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

memanah

Kejayaan meraih pingat gangsa di Kejohanan Memanah Asia di Dhaka, Bangladesh, masih segar buat atlet memanah compund negara, Juwaidi Mazuki, yang ingin menjadikan pencapaian itu sebagai tonik tambahan menuju Sukan SEA Thailand pada Disember depan.

Juwaidi berkongsikan misi utamanya bukan sekadar fokus tertumpu buat dirinya sahaja, malah lebih kepada membantu pasukan negara.

Advertisement

"Saya rasa pencapaian di Dhaka sangat bagus untuk saya kekalkan Malaysia pasukan yang kuat di Sukan SEA kali ini.

"Perancangan saya untuk perlahan pada Sukan SEA tetapi tidak boleh kerana masih belum boleh dilepaskan. Fokus kepada mereka (pemain lain) berbanding individu," katanya.

Apabila ditanyakan sama ada penampilan kali ini adala temasya Sukan SEA yang terakhir, Juwaidi menyifatkan membuat aksi terakhir di laman sendiri lebih 'menyeronokkan' jika hendak dibandingkan di negara asing.

"Sukan SEA terakhir itu belum lagi, lebih menarik tamatkan ketika menjadi tuan rumah pada 2027. Sebelum perkara itu berlaku saya mahu curahkan pengalaman kepada mereka.

"Saya tidak berhenti tetapi lebih kepada bergerak sendiri." tambahnya.

Must Watch Video