Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Momen Malaysia berlari peluk Indonesia rai emas undang perhatian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Skate

Indonesia menambah koleksi pingat emas menerusi papan selaju dalam Sukan SEA Thailand.

Basral Graito Hutomo tidak menyangka dirinya akan memenangi pingat emas dalam skateboard street selepas mengumpul 166.7 mata mengatasi pencabar dari tuan rumah.

Advertisement

Dia jelas tidak mempercayai dengan pencapaiannya itu apabila mampu melengkapkan saingan dengan pelbagai halangan untuk berada di tempat pertama.

Di sebalik kejayaan wakil Indonesia itu, momen paling mencuri perhatian adalah seorang pegawai dari Malaysia berlari ke arah Basral dan memeluknya untuk turut meraikan bersama-sama detik berharga itu.

 

Seperti satu kejayaan yang dikongsi bersama.

Meninjau satu video yang tular, rata-rata warga Indonesia terharu dengan pegawai Malaysia tersebut yang menyokong negara jiran, sambil menjunjung semangat kesukanan tanpa mengira siapa-siapa.

Suasana emosional itu sememangnya mewarnai gelanggang, termasuk tepukan gemuruh peminat yang hadir.  

Must Watch Video