Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Megan Min tambah koleksi emas kontinjen Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukan SEA Thailand: Megan Min tambah koleksi emas kontinjen Malaysia

Kontinjen Malaysia terus menambah koleksi pingat emas Sukan SEA 2025 hari ini menerusi atlet ekuestrian Megan Min Ern Ding yang menungguli acara dressage individu.

Dalam saingan yang berlangsung di Thai Polo & Equestrian Club menyaksikan Megan menyempurnakan ujian gaya bebas dengan elegan dan tersusun, tampil keharmonian, ketepatan serta kawalan untuk memukau para juri.

Advertisement

Megan yang menunggang kudanya Gaudi Vita berjaya mengumpul keseluruhan 76.525 mata.

Pingat perak menjadi milik atlet Thailand Pawarisa Thongpradup dengan 71.135 mata manakala pingat gangsa turut diraih atlet tuan rumah Nynn Puttisombat yang sekadar berupaya mengumpul 70.410 mata.

Must Watch Video