Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Malaysia raih emas pecut berpasukan atasi tuan rumah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

team sprint emas

Skuad berbasikal trek negara menambah koleksi pingat emas dalam Sukan SEA 2025 apabila menewaskan pasukan tuan rumah, Thailand, dalam perlumbaan final acara pecut berpasukan di Bangkok sebentar tadi.

Membariskan Fadhil Zonis, Akmal Nazimi Jusena dan Ridwan Sahrom, skuad negara berhasil mencatatkan masa terpantas 17.30 saat.

Advertisement

Ia memberikan Malaysia pingat emas selepas Thailand menuju ke garisan penamat dengan catatan 18.28 saat.

Sebagai rekod, ia merupakan pingat emas keempat kem berbasikal trek negara dalam edisi kali ini.

Kontinjen negara ketika ini sudah mengumpulkan 54 pingat emas dan menduduki tangga keempat keseluruhan.

 

Must Watch Video