Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dalam satu sidang media di ibu negara sebentar tadi mengumumkan senarai awal lapan pelumba negara yang akan beraksi dalam Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 dari 27 September hingga 4 Oktober ini.
Sidang media yang dipengerusikan Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh, itu mengumumkan lapan pelumba dalam senarai awal berkenaan iaitu Zawawi Azman (ATM), Yusri Shaari (ATM), Zahin Wahhi (ATM), Adam Hakimi Nazuan (Selangor), Chan Jian Le (Selangor), Ameer Ahmad Kamal (PDRM), Tsen Ren Han (Kuala Lumpur) dan Nazirul Aniq Abd Rahman (Johor).
Daripada senarai awal itu, enam pelumba terbaik akan terpilih untuk membentuk pasukan Malaysia, yang akan dimuktamadkan pada 25 September ini.