Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Indonesia sekali lagi jadi penghalang beregu negara rangkul emas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Aaron Chia-Wooi Yik akhiri cabaran dengan pingat perak

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terpaksa berpuas hati dengan pingat perak apabila tewas di tangan wakil Indonesia dalam saingan Sukan SEA Thailand.

Hadir ke pentas final, Malaysia dalam misi menamatkan kemarau pingat emas di pentas Sukan SEA selepas kali terakhir memenanginya pada edisi 2019.

Advertisement

Bertemu lawan yang sama ketika beraksi di pentas final acara berpasukan, Muhammad Reza Pahlevi Isfahani-Sabar Karyaman Gutama, Aaron-Wooi Yik mempamerkan permulaan yang baik namun gagal mengekalkan permainan yang konsisten sebelum tewas 14-21 di set pertama.

Kian terdesak mencari rentak, Aaron-Wooi Yik meningkatkan kualiti permainan dalam set kedua namun hasrat kembali meraih pingat emas yang dicari-cari terpaksa ditangguh sekali lagi apabila Isfahani-Sabar memastikan kemenangan 21-17 untuk muncul juara.

Must Watch Video