Penembak negara, Haritz Iklil Hessly Hafiz dan Gan Chen Jie, meraih pingat gangsa dalam acara 10 meter air rifle berpasukan campuran selepas menewaskan Indonesia sebentar tadi.
Di Padang Tembak Pihak Berkuasa Sukan Thailand di Bang Kapi, Malaysia menewaskan Indonesia 16-10 untuk meraih pingat gangsa pertama yang dimenangi pada acara tersebut.
Advertisement
Haritz-Chen Jie terpaksa bersaing untuk pingat gangsa selepas mereka menduduki tempat ketiga dalam pusingan awal sebelum ini, dengan memperoleh 622.8 mata, manakala Indonesia menduduki tempat kelima dengan 620.5 mata.
Hanya dua pasukan penjaring teratas dalam pusingan awal mara ke perlawanan akhir, dengan tuan rumah Thailand (623.4) menentang Vietnam (624.7).
Dalam perlawanan pingat gangsa yang lain, Singapura yang menduduki tempat keempat menentang Filipina, yang menduduki tempat keenam dalam pusingan awal.