Di sebalik melakukan rekod peribadi, penembak negara, Gan Chen Jie, diselubungi perasaan pilu dalam acara 10 meter rifle individu wanita Sukan SEA Thailand hari ini.
Perjuangannya dalam final terhenti awal ketika muncul tiga penembak terbaik yang lain menerusi catatan 627.4 mata dalam pusingan kelayakan.
Advertisement
Chan Jie yang membidik gangsa dalam acara 10 meter rifle berpasukan campuran semalam menduduki tempat keenam daripada lapan keseluruhan peserta.
Atlet kelahiran Negeri Sembilan itu meraih 163.9 mata tatkala seorang lagi wakil negara di pentas final, Alia Husna Budruddin, di tempat ketujuh.
"Saya menyasarkan untuk menyumbang medal. Saya hanya dibezakan 0.2 mata untuk melepasi pusingan kelayakan.
"Perasaan saya bercampur-baur, rasa sangat kecewa tapi sekurang-kurangnya merekodkan peribadi terbaik.
"Saya masih perlu banyak belajar dalam acara ini.
"Saya menyertai pasukan kebangsaan berlandaskan 50m rifle dan saya cuba mengimbangi kedua-dua acara ini," katanya.