Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Barisan atlet papan selaju kebangsaan mara ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Skuad papan selaju mara ke final

Kesemua atlet papan selaju kebangsaan kategori street lelaki dan wanita mengesahkan tempat ke final selepas menamatkan pusingan awal yang berlangsung di Kompleks Sukan Ekstrem Hua Mark, di sini.

Dalam kategori street lelaki, Mahathir Nor Daniel, 16, melakukan run yang kemas untuk menduduki tempat ketujuh, manakala Mer Nullah ‘Momo’ Khan, 15, menamatkan saingan di tempat kelapan.

Advertisement

Sementara itu, bagi kategori street wanita, Adelia Haziqah Amirul Hisyam, 12, menduduki tempat keenam, diikuti Alya Zahra, 15, di tempat ketujuh.

Saingan street wanita dikuasai wakil tuan rumah, Chunkao Udomphen, yang mencatatkan 71.25 mata, diikuti Wayan Malana Fairbrother dari Indonesia (47.06 mata) dan seorang lagi atlet Thailand, Vareeraya Sukasem (44.01 mata), masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori street lelaki, Basral Graito Hutomo dari Indonesia muncul pendahulu dengan 75.31 mata, diikuti dua atlet Thailand, Kirin Petkiree (72.60 mata) dan Thawatchai Siangoueng (64.13 mata), di tempat kedua dan ketiga.

Final acara street dijadual berlangsung pada Ahad, bermula jam 5 petang waktu Thailand, manakala final acara park akan diadakan pada Sabtu, juga bermula jam 5 petang.-Awani

 

Must Watch Video