Amir Daniel Abdul Majeed menempuhi ujian berat apabila kehilangan bapanya, dua minggu sebelum Sukan SEA Thailand bermula.
Beban itu digalasnya dengan cekal dan atlet judo bawah 84kg itu mendedikasi pingat emas yang dimenanginya hari ini buat arwah bapanya.
Advertisement
Dia terpaksa menunggu hingga tiga edisi untuk menunaikan hajat emas negara, apatah lagi terpaksa melalui peralihan kategori daripada 73kg.
"Saya sangat gembira setelah capai misi menamatkan penantian 44 tahun Malaysia untuk emas menerusi judo.
"Saya juga mendedikasikan kejuaraan ini kepada arwah bapanya.
"Dia meninggal dunia dua minggu lalu ketika saya menjalani kem latihan di Mongolia.
"Walaupun kami tidak begitu rapat tapi saya sangat sayangkannya dan merinduinya.
"Sungguhpun dia tak kongsi (kasih sayangnya) tapi saya tahu dia sangat gembira dengan pencapaian saya.
"Saya juga berazam pertahankan pingat emas kategori ini di Kuala Lumpur kelak," katanya.